Results (
Arabic) 1:
[Copy]Copied!
Dalam bab ini, penulis akan mengenengahkan konsep tauhid menurut Ismail Raji al-Faruqi. Bab ini akan dimulakan dengan definisi tauhid menurut bahasa dan istilah. Seterusnya penulis akan membentangkan secara ringkas definisi tauhid menurut Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad ‘Abd. al-Wahhab dan Muhammad ‘Abduh.394 Tokoh-tokoh ini dipilih kerana kegiatan mereka dalam menggerakkan usaha tajdid dan islah yang sebahagiannya telah disebut oleh al-Faruqi dalam tulisannya.395 Al-Faruqi sendiri akhirnya mengikut rentak dan jalur pemikiran mereka sebagaimana yang telah penulis jelaskan dalam bab yang lalu. Tauhid merupakan ketetapan tertinggi dan ini terbukti dengan kenyataan bahwa Allah S.W.T berjanji untuk mengampunkan dosa-dosa yang lain kecuali dosa-dosa yang melibatkan tauhid iaitu syirik kepada Allah S.W.T seperti mana firman-Nya:
Being translated, please wait..
