Maksudnya: “Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersama-Nya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan menguasai dan menguruskan Segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.”Menurut al-Faruqi lagi, kerosakan tauhid akan mengakibatkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam atau murtad. Ia disebabkan oleh keraguannya terhadap ajaran-ajaran Nabi Muhammad (s.a.w), mengingkari sunnah-sunnah baginda bahkan membangkitkan persoalan tentang kenabian Muhammad (s.a.w) itu sendiri iaitu adakah baginda seorang nabi atau sebaliknya. Justeru, pegangan terhadap rukun-rukun tauhid merupakan batu asas kepada segala ketaatan. Allah S.W.T dan utusan-Nya Nabi Muhammad (s.a.w) telah meletakkan pengertian tauhid pada tahap paling tinggi dan menjadikannya punca kepada segala pahala dan ganjaran.434 (tawhid alfaruqi)