Results (
Arabic) 1:
[Copy]Copied!
Berdasarkan penelitian terhadap buku-buku al-Faruqi seperti al-Tawhid, The Cultural Atlas of Islam dan Islam and Other Faiths, konsep tauhid al-Faruqi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian atau elemen iaitu tauhid sebagai pengalaman keagamaan (religious experience), tauhid sebagai pandangan alam (worldview) dan tauhid sebagai intisari tamadun (the essence of civilization). Di bawah elemen tauhid sebagai pandangan alam (worldview), terdapat lima prinsip yang menunjanginya iaitu prinsip dualiti, ideasionaliti, teleologi, keupayaan manusia dan kebolehan alam untuk diusahakan dan prinsip tanggungjawab dan pengadilan. Manakala tauhid sebagai intisari tamadun (the essence of civilization) pula terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek kaedah (methodological dimension) dan aspek kandungan (contentual dimension). Aspek kaedah mengandungi tiga prinsip iaitu kesatuan, rasionalisme dan toleransi manakala aspek kandungan terdiri daripada lima prinsip iaitu metafizik, etika, kepercayaan, kemasyarakatan dan estetika
Being translated, please wait..