TAUHID MENURUT AL-FARUQI Al-Faruqi menyatakan bahawa maksud tauhid ialah tiada Tuhan melainkan Allah (La Ilaha illa Allah).418 Ia sebagai satu bentuk keyakinan atau penyaksian bagi umat Islam bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T. Pernyataan yang berbentuk al-Nafy wa al-Ithbat ini sebenarnya mempunyai pengertian yang cukup besar dalam Islam. Kepelbagaian, kekayaan, sejarah, kebudayaan, pelajaran, ilmu dan tamadun Islam semuanya terangkum dalam satu kalimah yang cukup ringkas iaitu La Ilaha illa Allah.419 Tauhid apabila dikaitkan dengan manusia bermaksud bahawa manusia adalah makhluk yang mempunyai tanggungjawab menyembah Allah S.W.T, iaitu dengan melaksanakan segala ajaran wahyu.420 Inilah sebenarnya tujuan (raison d’etre) penciptaan manusia selari dengan firman Allah S.W.T:KEPENTINGAN TAUHID MENURUT AL-FARUQI Seperti yang telah penulis sebutkan dalam bab yang lalu bahawa menurut pandangan al-Faruqi, nadi kepada tamadun Islam ialah agama Islam manakala nadi kepada agama Islam ialah tauhid iaitu mengesahkan bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Sempurna, Pencipta Yang Maha Berkuasa, Tuan dan Raja kepada segala yang wujud di alam semesta ini.427 Jadi, al-Faruqi berpandangan bahawa tauhid memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan umat Islam. Ia perlu sentiasa digerakkan sebagai asas pemikiran dan peradaban Islam bagi mendepani (177) cabaran-cabaran semasa yang begitu mencabar. Tauhid mencorakkan rupa dan wajah tamadun Islam dengan cara menggabungkan kesemua ciri-cirinya yang berlainan dan menjadikannya satu kesatuan atau gabungan yang dipanggil tamadun. Elemen tauhid akan diserapkan ke dalam gabungan tersebut bagi membentuknya semula agar selari dengan Islam dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Tanpa perlu mengubah sifat-sifat semulajadi mereka, tauhid mengubah ciri-ciri yang membentuk tamadun dengan menjadikannya satu wajah baru yang merangkumi erti dan makna tamadun yang sebenar.428